BUKIT MERTAJAM : Seperti dijangkan kan model yang yang memandu lawan arus yang menyebabkan kematian seorang lelaki pada 14 mac lalu di dakwa hari ini namun dia jugakmengaku tak bersalah.
Baru-baru ini dia juga didakwa memandu dalam pengaruh dadah dan mabuk dia juga mengaku tidak bersalah dan ditawar jaminan atas kesalahan tersebut.
Utusan online melaporkan seorang remaja perempuan yang memandu kereta secara lawan arus di lebuh raya sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik 14 Mac lalu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ng Pei Ven,19, yang menjadi tular baru-baru ini membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (masalah pembelajaran) didakwa di bawah Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Majistret Jamaliah kemudiannya menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes dan Pei Ven diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.
Pada 17 Mac lepas, Pei Ven juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis amphetamine dan didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada 17 Mac lepas, Pei Ven juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memberikan diri sendiri dadah berbahaya jenis amphetamine dan didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
0 ulasan:
Catat Ulasan