Menurutnya, mereka berdua sudah membuat perancangan untuk menyambutnya tetapi Allah lebih menyayangi arwah.
“Saya dan dia dah merancang untuk menggayakan busana gaun dan dia pula akan mengenakan sut tuksedo seolah-olah macam kami muda-muda dahulu.








“Sayangnya, hajat itu tidak kesampaian dan saya reda dengan apa yang berlaku. Saya tahu, Allah lebih menyayanginya,” katanya sambil menahan sebak.
Terdahulu, Johan yang juga seorang komposer telah meninggal dunia kerana sakit jantung pada pukul 6.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.
Johan dibawa ke hospital malam tadi kira-kira pukul 11.30 malam kerana demam.
Jenazah sekarang masih berada di Masjid Ar-Rahman, Kampun Tunku untuk disolatkan dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk M. Nasir dan isterinya, Marlia Musa, Datuk Dj Dave, Salamiah Hassan, Nassier Wahab dan Habsah Hassan.

Jenazah arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebentar tadi semoga roh nya dicucuri rahmat. Al fatihah