Sahabat tolong share, Kucing ialah salah satu haiwan lucu dan comel. Haiwan berbulu ini hidup disekitar lingkungan kita, dan juga biasanya dipelihara oleh manusia, namun ada dikalangan mereka juga hidup dengan mencari makan sendiri. Sehingga tidak menghairankan jika kucing sering dijumpai diberbagai tempat. Misalnya di depan rumah, di warung-warung, pasar, area pejabat dan sebagainya. Biasanya kehadiran mereka seringkali dianggap mengganggu, sehingga harus diusir agar menjauh dari keramaian manusia.
Ada diantara kita mungkin pernah didatangi oleh kucing, contohnya ketika sedang makan. Beberapa diantaranya mungkin memberikan makan, namun sebahagian lagi mengusir kucing tersebut kerana dianggap mengganggu.
Dalam konteks kucing yang datang saat makan, mengingatkan kita bahawa kurniaan Allah SWT yang kita terima juga harus dibahagi dengan makhluk lain seperti kucing. Ertinya dalam makanan yang kita santap, ternyata ada rezeki untuk kucing yang seharusnya kita berikan.
Kedua
Ada diantara kita mungkin pernah didatangi oleh kucing, contohnya ketika sedang makan. Beberapa diantaranya mungkin memberikan makan, namun sebahagian lagi mengusir kucing tersebut kerana dianggap mengganggu.
Jika mengalami keadaan ini, jangan terburu-buru untuk mengusir haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu. Berfikirlah sejenak kenapa kucing itu mendatangi anda dan bukan orang lain yang juga tengah menyantap makanan serupa? Tahukah Anda bahawa kucing yang datang itu ternyata membawa ‘pesan’ atau tanda? Berikut 3 tanda apabila kucing datang kepada kita dan bukan orang lain.
Pertama
Kedatangan kucing merupakan pertanda bahawa Allah SWT mengingatkan kita tentang hakikat memberi. Semua rezeki yang kita perolehi bukanlah sepenuhnya hak kita. Ada hak-hak orang lain yang seharusnya kita keluarkan.
Seperti zakat fitrah dan zakat harta yang wajib dikeluarkan sebagai rukun islam yang harus dipenuhi. Tanpa menunaikan hal ini, tentu kita sebagai umat Islam belum menjalankan semua aturan wajib yang harus ditegakkan.
Kedua
Memberi makanan kepada makhluk Allah termasuk kucing merupakan satu kebaikan. Sesuai dengan firmannya, Allah SWT akan melipatgandakan satu kebaikan dengan 10 kali lipat kebaikan lainnya. Terlebih jika kita memberikan dengan ikhlas dan tidak terpaksa.
Jika berbuat baik pada manusia, seseorang kerap menginginkan adanya balasan serupa dari orang lain. Namun tidak demikian jika manusia berbuat baik kepada kucing. Haiwan ini tentu tidak boleh membalas apa yang sudah kita berikan terhadapnya. Ketika memberii makanan kepada haiwan ini, manusia belajar bagaimana rasanya memberi dengan penuh keikhlasan. Tindakan inilah yang seharusnya dilakukan manusia ketika memberi sesuatu kepada orang lain.
Ketiga
Allah sedang memberitahu apabila kita tidak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang akan Allah berikan kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya sekadar wang, tetapi meliputi semua kehidupan. Semoga kita semua termasuk yang pandai membaca ‘tanda-tanda’ tersebut dan boleh menarik hikmah dari kedatangan seeokor kucing saat kita sedang menyantap makanan.
Semoga bermanfaat bagi sahabat pembaca tolong share.
Sumber :
0 ulasan:
Catat Ulasan